Kes miskin tegar di Johor dihapuskan menjelang 25 Mac ini

Kes miskin tegar di Johor dihapuskan menjelang 25 Mac ini

MOHD. Fared Mohd. Khalid pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Penyelarasan Pembasmian Kemiskinan Tegar dan Program Dapur Kasih Johor 2025 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kes miskin tegar di Johor dijangka dapat mencapai angka sifar menjelang 25 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam ngeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, berdasarkan data yang diperoleh hingga 3 November lalu, sebanyak 235 kes miskin tegar telah dikesan di negeri ini.

“Sebelum ini, kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar kepada sifar setakat 31 Julai lalu melibatkan 4,378 kes yang direkodkan pada Mac 2023. Ini adalah hasil gerak kerja semua pihak bagi menjayakan misi ini.

“Walaupun data miskin tegar telah mencapai sifar pada Julai lalu, namun kiami memperoleh data baharu sebanyak 235 ketua isi rumah direkodkan berdepan masalah itu sehingga 3 November lalu. Ini yang perlu kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Penyelarasan Pembasmian Kemiskinan Tegar dan Taklimat Program Dapur Kasih Johor 2025 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Fared berkata, semua pihak yang terlibat perlu bekerja keras bagi melaksanakan gerak kerja menoktahkan miskin tegar tersebut sebelum Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 25 Mac ini.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai hasil kerjasama kerajaan negeri, wakil rakyat, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah seperti yang dibuktikan sebelum ini.

“Kerajaan negeri juga telah melaksanakan program khusus seperti inisiatif ‘Keluarga Angkat’ dan ‘Dapur Kasih Johor’ untuk membantu keluarga yang susah menambah pendapatan isi rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya