Kes Ismail Sabri: 36 dirakam keterangan, 23 saksi akan dipanggil

Kes Ismail Sabri: 36 dirakam keterangan, 23 saksi akan dipanggil

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini sudah merekod keterangan seramai 36 individu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber berkata, setakat semalam, kesemua individu terbabit membabitkan seramai 32 saksi dan empat orang yang ditahan sebelum ini. 

“Seramai 23 saksi baharu akan dipanggil dalam masa terdekat ini untuk dirakam keterangan.

“Empat lagi saksi dalam proses rakaman percakapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Ditanya mengenai status Ismail Sabri sama ada akan dirakam keterangan lusa, sumber berkata ia bergantung kepada tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu. 

“Hasil soal siasat ke atas doktor yang merawat beliau (Ismail Sabri), kemungkinan boleh dirakam keterangan pada 13 Mac atau sebaliknya kerana doktor tidak dapat mengesahkan tentang keadaan kesihatan beliau. Sekiranya sihat, beliau boleh diambil keterangan,” ujarnya. 

Tambahnya, setakat ini sebanyak 13 akaun bank telah dibekukan SPRM membabitkan kes terbabit. 

“SPRM kini menunggu dokumen-dokumen berkaitan daripada agensi terlibat bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan,” katanya. 

Jumaat lalu, pegawai penyiasat SPRM menemubual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya yang merawat Ismail Sabri bagi mengetahui sejauh mana tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat lalu namun beliau tidak akan berbuat kemudian kerana dikatakan masih tidak cergas untuk berbuat demikian. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses rakaman percakapan tersebut ditunda Rabu ini kerana masih diberikan sijil cuti sakit (MC).

Ismail Sabri akan hadir buat kali kedua ke Pejabat SPRM Putrajaya, selepas membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Media sebelum ini melaporkan SPRM melakukan rampasan wang tunai dan jongkong emas, selepas menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan ‘safe house’ oleh pembantu Perdana Menteri ke-9 itu.

Azam dilaporkan berkata, semua wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.

Turut ditemukan,  16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai ‘safehouse’.

Azam dalam sidang akhbar pada 3 Mac lalu mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya