Kertas siasatan tiga penyampai radio dirujuk ke Jabatan Peguam Negara hari ini

Kertas siasatan tiga penyampai radio dirujuk ke Jabatan Peguam Negara hari ini

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kes tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersendakan agama telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada AGC untuk arahan selanjutnya.

“Setakat ini, enam individu termasuk tiga penyampai radio itu telah dipanggil untuk memberi keterangan dan tiada lagi individu lain yang akan dipanggil buat masa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 73 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berhubung insiden berkenaan.

Katanya, PDRM memandang serius berkaitan isu agama, kaum dan raja (3R) yg dimainkan segelintir pihak terutama membabitkan agama.

“Kita akan mengambil tindakan tegas dengan menggunakan segala undang-undang sedia ada tanpa mengira siapa juga yang terlibat dalam memainkan isu 3R.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh isu-isu tersebut yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan ketegangan yang boleh mengancam keselamatan negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa di negara ini,” ujarnya.

Semalam, enam kakitangan radio EraFM termasuk tiga penyampai radio terbabit iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir hadir ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Proses rakaman percakapan itu bermula pukul 11 pagi dan berjalan selama dua jam sebelum keenam-enam mereka dilihat meninggalkan Bukit Aman.

Razarudin dilapor berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, tular video mendakwa penyampai radio 3 Pagi Era, itu memohon maaf atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu iaitu upacara suci dilakukan ketika Thaipusam.

Video berkenaan yang sudah diturunkan dalam platform media sosial stesen terbabit memaparkan seorang daripada mereka meniru tarian kavadi disusuli gelak tawa rakan lain.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana secara terang-terangan mempersendakan tradisi penganut Hindu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya