Kertas siasatan dakwaan senda agama DJ radio Era dilengkapkan

Kertas siasatan dakwaan senda agama DJ radio Era dilengkapkan

era
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap tiga penyampai Radio Era atas dakwaan menghina agama lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyampai stesen radio EraFM didakwa mempersendakan upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini hari ini.

Katanya, kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat selepas ia dilengkapkan.

“Kita lengkapkan siasat dan akan hantar ke AGC secepat yang mungkin,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia hari ini.

Media hari ini melaporkan enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini  berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan

Mereka dilihat keluar daripada perkarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, selepas lebih dua jam dirakam keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Toyota Vellfire membawa tiga penyampai berkenaan iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani dilihat keluar pada 1.10 petang tanpa menyapa wartawan yang menunggu di luar sejak pagi tadi.

Dipercayai tiga kakitangan lain yang turut dirakam keterangan menaiki kenderaan berasingan.

Sebelum ini media melaporkan, enam individu termasuk penyampai stesen radio swasta itu akan diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.

Razarudin  dilaporkan berkata, proses rakaman keterangan akan dijalankan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan sehingga pagi ini, sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.

Semalam, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung kakitangan stesen radio EraFM didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN