Kerajaan Negeri Sabah sedia berdepan tuntutan saman di mahkamah

Kerajaan Negeri Sabah sedia berdepan tuntutan saman di mahkamah

BRENNDON KEITH SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersedia menentang tuntutan saman atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam berkaitan Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI).

Beliau berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri secara tegas menafikan semua dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam yang dikemukakan dalam writ saman oleh firma guaman Chin Jingulam & Associates yang mewakili SFI.

“Kami mengambil serius dakwaan ini namun, kami ingin menegaskan bahawa tuntutan tersebut bukan sahaja tidak berasas tetapi juga mengganggu dan menyusahkan, memandangkan terdapat proses perundangan yang masih berjalan antara pihak-pihak yang terlibat.

“Justeru, kami akan menentang tuntutan ini dan kami akan memfailkan pembelaan yang menyeluruh. Kami tidak akan membiarkan dakwaan tidak berasas ini dibiarkan tanpa dicabar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima writ saman daripada firma guaman Chin Jingulam & Associates semalam.

Brenndon berkata, pihaknya akan memfailkan memorandum kehadiran pada hari ini. Pihaknya juga komited dalam melindungi reputasi ketua menteri, kerajaan negeri, serta integriti keputusan yang telah dibuat.

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami percaya keputusan yang adil akan dapat dicapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN