Kerajaan nafi bagi pampasan RM2 juta selesaikan isu kuil

Kerajaan nafi bagi pampasan RM2 juta selesaikan isu kuil

ZALIHA MUSTAFA - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menafikan dakwaan kononnya memberikan pampasan sebanyak RM2 juta kepada pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada pihak kuil seperti yang digembar-gemburkan.

Jelasnya, tiada sebarang perjanjian lain dibuat selain daripada penyelesaian yang diumumkan secara rasmi, semalam.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas. Saya ingin menegaskan keputusan yang diambil adalah hasil perbincangan secara harmoni antara semua pihak yang terlibat dan bersifat ‘menang-menang’.

“Paling utama, pembinaan masjid yang telah tertangguh sejak 2020 di atas tanah milik swasta tersebut dapat diteruskan seperti yang dirancang, manakala pihak kuil pula bersetuju untuk berpindah ke lokasi alternatif yang telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sejak semalam, tular dalam media sosial selepas pendakwah bebas, Firdaus Wong memuat naik hantaran di platform Facebook yang mempersoalkan sama ada kerajaan memberikan pampasan berjumlah RM2 juta kepada pihak kuil berkenaan.

Justeru itu, Zaliha menggesa agar semua pihak menghentikan polemik yang tidak berfaedah dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

“Janganlah kita mengapi-apikan sentimen agama atau perkauman berdasarkan maklumat yang tidak sahih, kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan yang telah kita bina bersama,” katanya.

Kontroversi membabitkan kuil di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu mencapai penyelesaian apabila pihak pengurusan rumah ibadat bersetuju untuk berpindah ke tapak baharu yang terletak hanya 50 meter dari lokasi asal.

Persetujuan itu dicapai hasil rundingan bersama kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pelbagai pihak termasuk pengurusan kuil.

Zaliha turut menegaskan kes itu tidak boleh dijadikan sebagai rujukan (precedent case) untuk mana-mana kes lain pada masa akan datang.

Ia adalah penyelesaian khusus kepada isu tersebut, yang ditangani dengan penuh hikmah, mengikut lunas undang-undang dan mempertimbangkan sensitiviti pelbagai pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya