Kerajaan akan pantau ketat keberadaan 15 pejuang kemerdekaan Palestin.

Kerajaan akan pantau ketat keberadaan 15 pejuang kemerdekaan Palestin

FAHMI Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan aspek pergerakan dan keberadaan 15 pejuang kemerdekaan Palestin yang akan dibawa ke negara ini kelak dipantau secara ketat oleh agensi keselamatan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan juga akan meletakkan syarat-syarat tentang aktiviti mereka (pejuang kemerdekaan Palestin) di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, buat masa ini, 15 pejuang kemerdekaan Palestin itu belum tiba di negara ini.

“Proses (ketibaan mereka) itu belum bermula dan kita sendiri maklum keadaan sekarang di Gaza ketika ini susulan daripada serangan Israel semalam.

“Maka proses membincangkan gencatan senjata itu sedang berlaku maka, kita (kerajaan) ikut proses tersebut,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Katanya, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberi sedikit penerangan dan penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi berkata, Menteri Luar memaklumkan, jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang telah ditahan selama lebih 20 tahun di penjara-penjara dalam Israel adalah sekitar 380 orang.

“Bagaimanapun, tahanan yang akan dibebaskan itu tidak boleh berada di Palestin maka, sejumlah negara seperti Qatar dan Turkiye bersetuju mengambil 100 rakyat Palestin tersebut, manakala negara seperti Malaysia mengambil 15 orang,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia bersedia menerima 15 tahanan atau pejuang Palestin yang dibebaskan Israel sebagai usaha pendamaian di bawah Perjanjian Gencatan Senjata Gaza dalam masa terdekat.

Menurutnya, penerimaan itu adalah sebagai tanda sokongan negara bagi menjayakan salah satu syarat perjanjian gencatan senjata yang mana pejuang Palestin yang dibebaskan tersebut tidak boleh pulang ke Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya