Keputusan tidak teruskan debat agama tindakan tepat - Aaron

Keputusan tidak teruskan debat agama tindakan tepat – Aaron

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan untuk tidak meneruskan debat berkaitan agama bersama penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu disifatkan sebagai keputusan tepat dalam menjaga keharmonian negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Saravanan atas keputusan tidak meneruskan debat tersebut.

“Saya juga turut menghargai langkah dan usaha Zamri Vinoth yang menyambut baik perkara ini.

“Keputusan itu mengingatkan kita semua tentang pentingnya untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan bangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, perpaduan bukan hanya sekadar slogan, tetapi harus diterjemahkan dalam tindakan dan sikap seharian kita.

“Prinsip Faham, Hormat, dan Terima menjadi asas yang penting dalam usaha ini.

“Dengan mengambil pendekatan yang lebih inklusif dan mengamalkan prinsip Faham, Hormat, dan Terima, kita bukan sahaja dapat membina masyarakat lebih harmoni dan sejahtera,” jelasnya.

Katanya, keputusan ini diharap dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat untuk terus berusaha memperkukuhkan perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Keputusan ini adalah satu langkah positif yang mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga keamanan dan keharmonian dalam negara yang pelbagai selain wajar dijadikan pedoman bagi generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya