Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena Aidilfitri

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena Aidilfitri

Semua kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari bermula 29 Mac ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari bermula 29 Mac ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan memaklumkan, ia dikuatkuasakan melalui perintah Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) iaitu dua hari sebelum perayaan pada 29 dan 30 Mac serta pada 5 dan 6 April 2025 (selepas perayaan).

Katanya, langkah ini mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.

“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan turut dikuatkuasakan melibatkan jalan-jalan persekutuan seluruh negara bersama pelaksanaan road-ban bermula 28 Mac sehingga 6 April depan.

MOT berkata, bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Larangan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengatur gerak pasukan penguatkuasaan secara aktif di seluruh negara.

Katanya, ia menerusi pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dan operasi bersepadu bersama pihak agensi agensi penguatkuasaan yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya