Kenaikan caruman KWSP sejajar kenaikan gaji minimum pekerja

Kenaikan caruman KWSP sejajar kenaikan gaji minimum pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi berpendapat cadangan untuk menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sejajar dengan kenaikan gaji minimum pekerja sekarang.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Afzanizam Abdul Rashid berkata, cadangan menaikkan caruman KWSP wajar diperhalusi mengambil kira kenaikan gaji minimum, rasionalisasi subsidi dan tarif elektrik oleh kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Untuk itu beliau menyarankan pihak kerajaan mengadakan sesi libat urus dengan para majikan bagi mendapat gambaran lebih jelas sekiranya kenaikan itu hendak dilaksanakan.

Sementara itu, bekas Pre­siden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor turut sependapat kenaikan caruman wajar dilaksanakan untuk mencapai anggaran minimum simpanan persaraan ditetapkan KWSP iaitu sekitar RM240,000.

Beliau menyarankan kerajaan mencari mekanisme lain, misalnya memberi pelepasan cukai kepada majikan dan pekerja yang meningkatkan caruman mereka.

“Caruman wajib sekarang sebanyak 11 peratus untuk pekerja dan 13 peratus untuk majikan dan penetapan ini tidak menghalang majikan dan pekerja untuk mencarum lebih sehingga 20 peratus de­ngan diberi pelepasan cukai,” katanya.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad bagaimanapun tidak bersetuju jika dilihat kepada keadaan ekonomi semasa negara.

Katanya, adalah memadai caruman KWSP dikekalkan pada kadar semasa iaitu 11 peratus untuk pekerja dan 13 peratus bagi majikan.

Beliau berpandangan, mes­kipun landskap ekonomi negara pada landasan yang baik, namun peningkatan caruman menyebabkan baki gaji di­terima pekerja berkurangan seterusnya boleh merencatkan kuasa beli pengguna.

Katanya, tambahan caruman oleh majikan juga merencatkan aliran tunai, peranca­ngan dan perbelanjaan sya­rikat terutama Perusahaan Ke­cil dan Sederhana (PKS) dan multinasional yang bakal memberi kesan kepada penawaran perkhidmatan.

“Hakikatnya, terdapat majikan yang telah pun mencarum melebihi kadar minimum untuk menarik perhatian para pekerja kekal bekerja dengan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya