Kemalangan di Jordan: 4 pelajar terlibat dalam pemantauan KPT

Kemalangan di Jordan: 4 pelajar terlibat dalam pemantauan KPT

ZAMBRY Abd. Kadir (dua dari kiri) sempat mengacau bubur lambuk ketika menghadiri Program Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Empat pelajar Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Jordan kelmarin kini berada di bawah pemantauan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ketika ini juga, beliau telah menerima laporan awal mengenai keadaan keempat-empat pelajar yang menuntut di Universiti Mu’tah itu.

Katanya, berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh pihak Education Malaysia (EM) di Jordan, hanya seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah manakala tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Mereka (pihak EM di Jordan) kini sedang melihat sendiri dan memantau keadaan pelajar-pelajar itu serta akan memaklumkan kepada kita (KPT) perkembangan yang berlaku dari semasa ke semasa.

“Apapun, kita doakan agar kesemua mereka selamat serta kembali sihat dan pulih seperti sediakala,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Program Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khaled memberitahu, dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor dan merupakan pelajar Tahun Pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti berkenaan.

Beliau yang menerima maklumat daripada Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir memaklumkan, selain Johor, dua lagi pelajar yang terlibat dalam insiden di Jordan itu masing-masing berasal dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya