Keluarga dedah Kim Soo Hyun, Kim Sae Ron bercinta sejak 15 tahun - Utusan Malaysia

Keluarga dedah Kim Soo Hyun, Kim Sae Ron bercinta sejak 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun terus menjadi kontroversi apabila ahli keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa mereka berdua pernah menjalin hubungan selama enam tahun.

Menerusi video YouTube GaroSaero Research Institute, keluarga mendedahkan hubungan romantis mereka bermula ketika Soo Hyun berusia 27 tahun manakala Sae Ron baru berumur 15 tahun.

Bukan itu sahaja, ketika Soo Hyun menubuhkan agensi bakat Gold Medalist, Sae Ron meninggalkan agensi lamanya iaitu YG Entertainment dan menyertai Gold Medalist bahkan menjadi tenaga pengajar di sana tanpa bayaran.

Bagaimanapun hubungan mereka putus setelah Sae Ron terbabit dalam kes DUI iaitu memandu dalam keadaan mabuk pada Mei 2022. Namun ketika itu, syarikat telah memberikan bantuan wang kepada pelakon itu sebanyak 700 juta won (RM2.1 juta) untuk membayar ganti rugi.

Sae Ron dikatakan terharu dengan pertolongan itu dan bertekad berusaha keras untuk membayar semula wang tersebut. Tetapi ketika kontrak tamat, mendiang dikatakan terkejut selepas menerima invois hutang rasmi daripada syarikat itu yang memintanya membayar jumlah itu segera.

Dia berusaha menghubungi Kim Soo Hyun namun panggilan tidak berangkat. Mendiang dikatakan tertekan dengan perkara itu dan berasa dianiaya membuatkannya bunuh diri pada hari ulang tahun kelahiran pelakon tersebut.

Bagaimanapun, syarikat Gold Medalist terus mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan semua tuduhan itu.

“Tuduhan yang dibuat berkaitan Kim Soo Hyun adalah salah dan kami tidak boleh bertoleransi dalam keadaan apapun. Kami sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami turut bersedih di atas pemergian mediang Kim Sae Ron yang pernah menjadi sebahagian daripada syarikat ini. Tapi penyebaran maklumat tidak benar juga telah menyebabkan mendiang merana sepanjang hidupnya.

“Oleh itu kami akan mengambil serius perkara ini. Kami berharap tuduhan tidak berasas ini tidak disebarkan menerusi kaedah apapun,” tulis kenyataan itu.

Terdahulu, mayat Kim Sae Ron ditemui di kediamannya Timur Seoul pada Februari lalu.

Polis mengesahkan punca kematian adalah disebabkan bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi tekanan bayaran pampasan selepas kes DUI. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya