Kelantan tidak bincang syor had jawatan MB dua penggal

Kelantan tidak bincang syor had jawatan MB dua penggal

MOHAMED FADZLI HASSAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah membincangkan atau bercadang meletakkan had masa seseorang idividu memegang jawatan Menteri Besar di negeri ini kepada hanya dua penggal atau 10 tahun sebagaimana cadangan bagi jawatan Perdana Menteri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, selagi individu itu mampu menggalas tanggungjawab dengan baik sama ada dari sudut kesihatan atau kemampuan memberikan perkhidmatan terbaik, ia boleh diteruskan.

“Jika beliau merupakan yang terbaik untuk negeri ini, maka kita tiada masalah untuk terus berkhidmat. Ia demi kepentingan serta kebaikan rakyat dan negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kuih-muih hari raya kepada 18 pasukan kesele\amatan dan beruniform di negeri ini di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan memegang janji melaksanakan agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatanmengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, beliau meminta semua pihak supaya menghentikan polemik berkaitan Projek Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Tunjong dan memberi ruang untuk disiapkan dengan jayanya.

Kata beliau, pihaknya mahu memastikan projek itu dilaksanakan mengikut jadual dan siap sebagaimana tempoh ditetapkan.

“KB Sentral adalah perkara yang kerajaan negeri mahu pastikan dapat dilaksanakan demi kepentingan negeri dan bagi menjaga kepentingan rakyat. Kita mahu ia disiapkan sebagaimana dijanjikan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kerajaan Kelantan memutuskan untuk membina sendiri projek KB Sentral setelah rundingan dengan syarikat Perak Transit Berhad gagal menemukan kata sepakat. UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya