Kelantan bina sendiri KB Sentral

Kelantan bina sendiri KB Sentral

 MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk melaksanakan sendiri projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) setelah rundingan dengan syarikat Perak Transit Berhad gagal menemukan kata sepakat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr.  Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu diputuskan secara sebulat suara dalam sidang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.

Katanya, Perak Transit diakui mempunyai pengalaman dan kemampuan membina terminal bas bersepadu dalam negara ini tetapi kerajaan negeri kini berepan kekangan masa selain syarikat tersebut turut mempunyai beberapa kekangan tersendiri.

“Rundingan terakhir antara kerajaan negeri dan Perak Transit adalah pada minggu lepas dan ada beberapa permintaan mereka yang tidak dapat kita penuhi. Kerajaan negeri membuat keputusan muktamad untuk membina sendiri KB Sentral,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerajaan negeri kerana mahu menyiapkan segera KB Sentral seiring dengan penyiapan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). 

“Kita tidak mahu apabila ECRL siap tetapi KB Sentral belum siap kerana ia berada sebelah-menyebelah dan kita mahu ia beroperasi secara bersama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN