Kekalkan kestabilan politik demi pembangunan negara - Anwar

Kekalkan kestabilan politik demi pembangunan negara – Anwar

ANWAR Ibrahim bersama Hajiji Noor dan Armizan Mohd. Ali semasa Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah di Padang Istiadat, Tuaran semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Kestabilan politik di Sabah perlu dikekalkan bagi memastikan tumpuan dapat diberikan dalam aspek pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha Ketua Menteri dalam membantu menenang dan meredakan suasana hiruk-pikuk politik di Sabah membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pembangunan.

Beliau berkata, apabila negeri stabil, ia dapat membantu kerajaan memberi tumpuan kepada transisi tenaga, melaksana pelan perindustrian dan kecerdasan buatan (AI) yang kini merombak sistem dunia.

“Kita boleh fikir perkara sebegitu apabila politik kita stabil. Kalau tidak mana mungkin Perdana Menteri fikir tentang kecerdasan buatan (AI) dan memberi tumpuan soal pembangunan dan masalah rakyat.

“Itu sebabnya semasa bertemu dengan Ketua Menteri tadi, saya tidak bercakap tentang soal peribadi, mahu diberikan tanah mahupun balak.

“Kita juga bercakap tentang bagaimana masalah bekalan air, elektrik dan jalan berlubang. Itu yang kita cakap, bukan soal peribadi,” katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah di Padang Istiadat, di sini semalam.

Anwar berkata, sikap pemimpin atasan perlu diubah agar tumpuan dapat diberi kepada aspek pembangunan dan bukannya dengan memaki hamun dan saling menghentam. Sekiranya saling berpakat ia membolehkan masalah yang ada diselesaikan satu persatu mengikut peringkat.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan anak-anak muda agar bersikap lebih tekun dan disiplin dalam pelajaran agar mampu merebut peluang-peluang yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat terkemuka yang datang ke negara ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 orang itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim, asnaf dan fakir miskin.

Hadir sama adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya