Kegiatan lombong emas haram di Rusila tumpas

Kegiatan lombong emas haram di Rusila tumpas

SALAH sebuah mesin melombong emas yang dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Bersepadu Khazanah di Lubuk Terak, Rusila, di Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan melombong emas secara haram selepas menahan seorang lelaki dalam Op Bersepadu Khazanah di Lubuk Terak, Rusila, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, anggotanya turut merampas peralatan dan mesin jentera melombong bernilai RM1.89 juta.

Katanya, operasi tersebut dilakukan anggota Batalion 9 PGA dengan kerjasama Polis Kontijen Terengganu bagi memeriksa  kawasan lombong berkenaan kira-kira pukul 5 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan seorang lelaki berumur 57 tahun dan suspek gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah. Polis menahan lelaki berkenaan dan merampas semua peralatan serta mesin jentera tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

kes disiasat di bawah Akta Enakmen Mineral Terengganu 2002 kerana melombong tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya