Kegagalan dalam perkahwinan bukan sebab untuk putuskan silaturahim - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Kegagalan dalam perkahwinan bukan sebab untuk putuskan silaturahim – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa bersyukur apabila hubungan keluarga bersama bekas mertua dan aktres, Nora Danish kekal harmoni sehingga kini.

Menurut Fasha, anak-anak mereka sering diterapkan dengan nilai-nilai kasih sayang demi menjaga keharmonian dengan keluarga bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai meskipun sudah tidak lagi bersama.

“Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu. Biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.

“Apa yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni, dan berkasih sayang. Mereka tidak pernah tau tentang masalah atau apa-apa, sebab pada mereka, kami adalah keluarga,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Tambah Fasha, kegagalan dalam perkahwinan juga bukanlah modal untuk sesetengah individu memutuskan hubungan silaturahim anak-anak bersama keluarga bekas mertua dan bekas suami.

“Jangan jadikan kegagalan dalam perkahwinan sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak atau anak dengan ayah atau apa pun. Bagi kasih sayang yang lebih untuk mereka,” jelasnya.

Dalam masa sama, Fasha turut meluahkan rasa terharu apabila anak sulung Nora, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram masih menganggapnya seperti ibunya sendiri.

“Tersentuh rasa hati sebab Rayqal masih anggap saya sebagai ‘mommy’ dia,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan memuji sikap Fasha dan Nora yang profesional menjaga hubungan baik dengan keluarga bekas mertua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya