Kecewa caj RM10 tukar duit baharu RM100 - Utusan Malaysia

Kecewa caj RM10 tukar duit baharu RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai kecewa kerana gagal menukar wang kertas baharu di bank-bank sekitar pusat bandar ini, dipercayai kerana monopoli golongan runner yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh pada minggu terakhir Ramadan.

Caj perkhidmatan runner juga disifatkan terlalu tinggi iaitu RM10 untuk setiap pertukaran wang kertas baharu RM100.

Seorang peniaga, Zulfadli Azim, 39 berkata, dia kecewa apabila dimaklumkan pengurusan beberapa bank bahawa wang kertas baharu sudah habis ditukar minggu ini.

“Sebaliknya, ramai pula runner yang mengiklankan khidmat penukaran wang kertas baharu dalam media sosial dengan caj tertentu kononnya mahu membantu orang ramai tanpa perlu beratur panjang di bank.

“Ini adalah satu taktik licik pihak tidak bertanggungjawab yang menekan pengguna kerana terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar hanya untuk menukar wang kertas baharu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana menindas pengguna yang terdesak mahu menggunakannya untuk tradisi memberi duit raya pada Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, tinjauan dalam media sosial mendapati, ramai runner yang menawarkan khidmat menukar wang kertas baharu RM1, RM5, RM10 dan RM20 dengan kadar upah berbeza mengikut kadar tertentu.

Kebanyakannya menawarkan upah RM10 untuk wang kertas baharu bernilai RM100 upah dan RM8 untuk wang kertas lama bernilai RM100. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya