Kasari peniaga belon tindakan tidak berperikemanusiaan - Akmal Saleh

Kasari peniaga belon tindakan tidak berperikemanusiaan – Akmal Saleh

DR. AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kasari peniaga belon tindakan tidak berperikemanusiaan – Akmal Saleh

PETALING JAYA: Pemimpin parti kerajaan menyelar tindakan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa mengasari seorang peniaga belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman, malam tadi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, kekasaran yang ditunjukkan oleh penguat kuasa DBKL tersebut adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Betul, kalau tiada lesen atau permit, itu memang satu kesalahan. Tetapi sebagai manusia, kita kena ada timbang rasa. Dia cuma cari rezeki.

“Bulan Ramadan ini sepatutnya waktu untuk kita tunjuk belas kasihan, bukan bertindak kasar. Dia juga ada keluarga, anak, isteri dan saudara-mara. Bayangkan perasaan mereka jika melihat kejadian ini,” katanya dalam video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Dr. Akmal turut meminta orang ramai yang mengenali peniaga tersebut agar tampil memberi maklumat supaya pasukan guaman Pemuda UMNO dapat membantu membawa kes ini ke muka pengadilan.

“Setakat jual belon pun sampai dilayan begitu? Keterlaluan. Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, mohon ambil perhatian dan pantau tindakan yang dilakukan oleh pihak DBKL.

“Jangan zalim pada peniaga kecil. Kalau mereka ditindas, kami akan berdiri mempertahankan hak mereka,” katanya.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video berdurasi hampir seminit yang memaparkan beberapa anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak dan menjatuhkan seorang peniaga belon sehingga mencetuskan kekecohan di lokasi kejadian.

Difahamkan, lelaki berkenaan menjalankan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tanpa lesen.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim turut mengecam insiden tersebut yang disifatkannya sebagai keterlaluan dan mencemarkan nilai kemanusiaan.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, sebarang tindakan penguatkuasaan tidak sepatutnya disertai kekasaran yang menjatuhkan maruah individu.

“Tiada alasan yang boleh diterima untuk membenarkan perbuatan kasar sedemikian. Ini jelas bertentangan dengan roh Ramadan yang menuntut sifat ihsan dan ihsan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

“Jika bulan ini gagal membentuk rasa kemanusiaan dalam diri kita, apa maknanya kita berpuasa dan beramal?” katanya dalam kenyataan menerusi laman X. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya