'Karnival Mahabbah dua kali setahun bantu usahawan pasarkan produk'

‘Karnival Mahabbah dua kali setahun bantu usahawan pasarkan produk’

MOHAMAD Abdul Hamid mengacau dodol sebagai simbolik perasmian Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Penganjuran Karnival Mahabbah di Bertam Square di sini perlu diadakan dalam skala yang lebih besar termasuk sebanyak dua kali dalam tempoh setahun untuk membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, justeru, penganjur karnival diharap dapat ‘duduk semeja’ dengan beberapa agensi lain yang berkaitan untuk membincangkan cadangan itu secara lebih mendalam.

Katanya, antara agensi yang dimaksudkan termasuk Penang Halal International (PHI), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).

“Melalui platform ini (Karnival Mahabbah), usahawan-usahawan ini khususnya bumiputera boleh bersama-sama memasarkan produk mereka.

“Bukan sahaja terhad kepada bulan puasa atau pun di ambang Syawal sahaja, kalau nak adakan karnival ini setahun dua kali di sini pun tak apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival tersebut di sini, malam tadi.

Ketika ini, Karnival Mahabbah di Bertam Square yang memasuki tahun ke-17 penganjurannya disertai oleh kira-kira 350 usahawan dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, mana-mana usahawan yang ingin turut-serta dalam karnival itu selepas ini namun tidak memiliki pensijilan halal untuk produk mereka digalakkan untuk memohon terlebih dahulu.

“Boleh cepat-cepat pohon (sijil halal) melalui JHEAIPP (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang). Apabila ada sijil halal, maka, boleh pasarkan produk mereka bukan hanya di peringkat tempatan, tapi antarabangsa. Jadi, inilah platformnya (Karnival Mahabbah) untuk tujuan itu,” kata beliau.

Dalam pada itu, penganjur karnival, Zaini Aboo Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan Mohamad dan akan membuat susulan dengan pihak yang berkenaan secepat mungkin.

“Memang dah lama kita tunggu saat-saat ini (untuk memperbesarkan skala karnival) dan daripada maklum balas yang kami terima, karnival yang diadakan di Bertam Square ini adalah antara karnival yang paling ramai orang (pengunjung) setakat ini,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut menyasarkan kehadiran sehingga 500,000 pengunjung sepanjang karnival ini berlangsung iaitu sehingga penghujung bulan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya