Kanak-kanak perempuan 12 tahun ditahan lumba haram

Kanak-kanak perempuan 12 tahun ditahan lumba haram

DUA kanak-kanak perempuan (kanan) ditahan ekoran menunggang motosikal yang telah diubah suai dan berlumba di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun antara 38 penunggang motosikal yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti lumba ha­ram di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi bermula pada pukul 12 tengah malam itu dijalankan susulan aduan awam mengenai gangguan dan aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua remaja itu menunggang motosikal yang telah diubah suai, termasuk sistem ekzos dan brek, selain melakukan pelbagai kesalahan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Aedy Fadly, sebanyak 38 motosikal diperiksa dalam operasi tersebut dan 19 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan manakala 196 notis kompaun turut dikeluarkan.

“Kesalahan tiada lesen memandu merupakan pelanggaran tertinggi yang direkodkan dalam operasi ini. Kita juga telah memanggil ibu bapa kepada dua remaja terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya