Kamil umum bertanding jawatan Ketua AMK

Kamil umum bertanding jawatan Ketua AMK

MUHAMMAD KAMIL ABDUL MUNIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Kamil Abdul Munim menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini.

Timbalan Ketua AMK itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memperkukuh sayap PKR, selain proses ‘regenerasi’ bermula daripada akar umbi.

“Insya-Allah saya menawarkan diri untuk (bertanding ) sebagai Ketua AMK dan berharap diberi peluang untuk mengetuai AMK,” katanya.

Muhammad Kamil berkata demikian dalam Majlis Iftar Perdana Semarak Angkatan Muda Keadilan, semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang meraikan demokrasi, sesiapa sahaja yang layak boleh menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya