Kami dah macam adik-beradik, saya hormat dia - Kak KM - Utusan Malaysia

Kami dah macam adik-beradik, saya hormat dia – Kak KM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Berhenti kecam Saiful Apek. Situasi itu berlaku secara spontan. Mungkin kerana dia peluk saya, perkara itu jadi isu.”

Demikian respons usahawan, Kak KM yang tegas meminta orang ramai berhenti melemparkan kata-kata kecaman terhadap tindakan pelawak, Saiful Apek yang tidak sengaja merangkul pinggangnya.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 44, dia sangat menghormati pelawak itu malah kejadian tersebut berlaku ketika suaminya berada di sampingnya.

“Kasihan, dia tak biasa kena kecam. Saya cakap padanya tak kisahlah kena kutuk kerana benda itu sekejap sahaja. Kami dah macam adik-beradik.

“Suami saya pun ada di situ dan nampak kejadian tersebut memang spontan serta tak nampak macam dia nak ambil kesempatan. Apek ada isteri dan anak serta sudah berhijrah. Saya juga menghormatinya,” katanya.

Tambah anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu, Apek bukanlah seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan selain sudah menganggap pelawak tersebut seperti seorang abang.

“Saya selesa dengannya sebab dia bukan lelaki gatal yang cuba nak ambil kesempatan sebab kalau jumpa lelaki gatal saya akan jauhkan diri.

“Ketika insiden itu, dia datang jumpa ibu saya, bersalam dan cium tangan semua. Saya berasa macam dia seperti abang sahaja

“Bagi saya, dia seorang yang baik, cakap lembut dan tidak menyakiti hati orang lain serta mempunyai wajah yamg tampan.

“Dia juga beritahu suka menonton video bagaimana saya melayan ibu saya dengan baik yang di muat naik dalam media sosial,” jelasnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Apek merangkul pinggang Kak KM sewaktu bergambar ketika menghadiri sebuah majlis.

Tindakan tersebut telah mencetuskan pertikaian dalam kalangan warganet yang kurang senang dengan tindakan pelawak itu meskipun sudah berhijrah.

Susulan itu, pelawak tersebut tampil memohon maaf atas ketelanjuran perbuatannya dan berharap insiden berkenaan tidak lagi dipanjangkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya