Kajian tiada jualan arak di kawasan Melayu, Islam di Ipoh masih diteruskan - Utusan Malaysia

Kajian tiada jualan arak di kawasan Melayu, Islam di Ipoh masih diteruskan

SANDREA Ng Shy Ching menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh Perak, semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kajian berhubung cadangan meluaskan larangan penjualan minuman keras di Ipoh membabitkan kawasan majoriti penduduk Melayu Islam masih diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, kajian itu melibatkan banyak pihak dengan mengambil sudut pandang aspek perundangan, masyarakat dan perniagaan.

“Setakat ini masih berjalan. Sebab ini melibatkan banyak pihak. Setakat ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) masih dalam proses untuk mengumpulkan maklumat selain mengadakan sesi libat urus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan bubur lambuk Abang Bomba di Bulatan Sultan Azlan Shah dan majlis berbuka puasa bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di sini semalam.

Sebelum ini Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, MBI sedang melaksanakan kajian terhadap cadangan penduduk supaya larangan itu yang kini dilaksanakan di Gugusan Manjoi, Ipoh diperluaskan ke kawasan majoriti penduduk Islam yang lain.

Meskipun timbul pelbagai pandangan berbeza, kerajaan negeri memberi ‘lampu hijau’ kepada MBI untuk meneruskan kajian tersebut.

Gugusan Manjoi yang merupakan kawasan utama penduduk majoriti Melayu Islam di Ipoh telah dilarang penjualan arak sejak tahun 2021.

Sandrea berkata, perkara tersebut setakat ini hanya dibangkitkan di bawah MBI sahaja dan tiada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dalam Perak yang timbul cadangan sama.

Sebelum itu, beliau bersama beberapa pegawai dan anggota bomba mengedarkan 300 kotak bubur lambuk daging yang dimasak oleh JBPM Perak untuk diedarkan kepada pengunjung bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya