Kadar Pemberian Mengikut Bilangan dipertingkatkan 25 peratus - Anwar

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan dipertingkatkan 25 peratus – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar Pemberian Mengikut Bilangan atau Capitation Grant kepada Kerajaan Negeri dipertingkatkan sebanyak 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan kali pertama kadar Capitation Grant disemak sejak tahun 2002.

Katanya, perkara itu antara persetujuan utama yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan bertekad untuk merapatkan kerjasama dengan semua Kerajaan Negeri, tanpa mengambil kira fahaman dan kencenderungan politik agar khidmat kepada rakyat dapat disempurnakan dengan baik.

“Acap kali saya ingatkan bahawasanya apabila berkhidmat untuk rakyat, hubungan dengan semua Kerajaan Negeri harus kekal utuh demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Antara persetujuan utama yang telah diluluskan adalah peningkatan kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau Capitation Grant kepada Kerajaan Negeri sebanyak 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta. Ini merupakan kali pertama kadar Capitation Grant ini disemak sejak tahun 2002.

“Kerajaan juga telah meningkatkan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri kepada RM9.8 bilion untuk tahun 2025 ketimbang RM9.3 bilion pada tahun lalu,” katanya dalam satu Kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan di sini.
Mesyuarat itu merupakan platform perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menetapkan dasar serta pelaksanaan berkaitan pengurusan kewangan negara.

Antara bidang kuasa majlis tersebut termasuk membincangkan dan memutuskan pemberian kepada kerajaan negeri.
Turut hadir, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jemaah menteri-menteri besar, barisan ketua menteri serta ahli-ahli mesyuarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya