Kabinet setuju terma Ocean Infinity cari MH370

Kabinet setuju terma Ocean Infinity cari MH370

ORANG ramai menulis ucapan dan harapan mereka, menandakan tahun ke-10 sejak pesawat Malaysia Airlines, MH370 dilaporkan hilang, di Subang Jaya pada 3 Mac 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian syarikat Ocean Infinity yang berpangkalan di United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dengan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan akan mewakili kerajaan bagi menandatangani perjanjian pencarian dengan syarikat Ocean Infinity.

“Keputusan Jemaah Menteri ini membolehkan operasi pencarian dasar laut dimulakan bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu.

“Ia dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip no find, no fee,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mengikut prinsip itu, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat terbabit sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.

“Fi sejumlah USD70 juta (RM310.3 juta) akan dibayar kepada Ocean Infinity sekiranya bangkai pesawat MH370 berjaya dijumpai.

“Kerajaan komited meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup bagi keluarga waris penumpang pesawat MH370,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya