Jurujual kereta tidak mengaku sorok duit RM939,129

Jurujual kereta tidak mengaku sorok duit RM939,129

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual berhadapan hukuman penjara lima tahun atas dua pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah hampir RM1 juta, dua tahun lalu. 

Tertuduh, Oliver Yap Chee Fong, 29, didakwa menolong menyembunyikan harta iaitu wang berjumlah RM939,129 milik seorang wanita ke dalam akaun bank miliknya.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas pertuduhan dibacakan di Hakim Azrul Darus.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Chee Fong didakwa menolong menyembunyikan harta iaitu wang berjumlah RM939,129 milik seorang wanita berketurunan Cina ke dalam akaun bank miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 17 Oktober 2022 dan 15 Mac 2023 di sebuah rumah di Taman Sentul Bahagia, Sentul di sini.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Amrit Pal Singh merayu anak guamnya diberikan jaminan rendah dengan alasan Chee Fong hanya berpendapatan RM1,700 sebulan dan abangnya yang juga penjamin tidak mampu selain mempunyai tanggungan ibu bapa telah bersara.

“Sepanjang siasatan, tertuduh memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis serta tiada risiko melarikan atau menghilangkan diri,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat RM8,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan pada 28 April ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya