Jumpa beg berisi peluru di tempat pembuangan sampah

Jumpa beg berisi peluru di tempat pembuangan sampah

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Penduduk sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini gempar apabila menjumpai sebuah beg mengandungi sejumlah peluru di kawasan tempat pembuangan sampah di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan mengenai penemuan beg itu diterima daripada orang awam kira-kira pukul 1.40 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, sebuah beg telah ditinggalkan di kawasan terbabit oleh individu yang tidak dikenali dan beg itu mengandungi peluru jenis kaliber .22 yang kosong termasuk peluru yang masih hidup,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rozak, kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan ketika ini, polis sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut bagi mengenal pasti pemilik serta motif di sebalik penemuan beg berisi peluru itu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Aishah Izati Zaidi di talian 011-21544465.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya