Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah, lebih 1,000 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah, lebih 1,000 orang

BEBERAPA penduduk meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang terjejas meningkat kepada 1,048 orang melibatkan 308 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 893 orang daripada 257 keluarga pada pukul 8 pagi.

Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) juga bertambah daripada 10 menjadi 13 buah di tiga daerah terjejas, iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

“Setakat ini enam PPS dibuka di Johor Bahru, empat di Pontian dan tiga di Kulai. Johor Bahru menjadi daerah paling  terjejas dengan seramai 674 mangsa daripada 202 keluarga.

Kulai merekodkan seramai 269 mangsa daripada 76 keluarga, manakala Pontian dengan 105 orang daripada 30 keluarga,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, hujan masih dilaporkan melanda semua daerah di negeri ini hingga pukul 12 tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya