PASIR SALAK: Permintaan terhadap air nira nipah melonjak sekali ganda sepanjang Ramadan apabila ia bukan sahaja menjadi minuman pilihan ketika berbuka, malah digunakan dalam penyediaan pelbagai kuih-muih tradisional. Pengusaha air nira nipah di Sungai Ranggam, Azmi Darus, 60, berkata, pada hari biasa, jualannya hanya sekitar 100 hingga 200 botol sehari, tetapi ketika bulan puasa, jumlah itu meningkat sehingga 500 botol sehari. Menurutnya, kenaikan mendadak ini disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap minuman tersebut yang terkenal dengan rasanya yang manis, segar, serta dipercayai dapat mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa. “Jualan meningkat kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya