JPJ tidak hantar melalui SMS urusan lesen memandu

JPJ tidak hantar melalui SMS urusan lesen memandu

JPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta berhati-hati sekiranya menerima penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung SMS yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu.

Kata beliau, pihak JPJ tidak pernah menghantar mana-mana pautan berkaitan urusan lesen memandu melalui SMS kepada orang ramai. 

“Pihak jabatan juga telah mengenalpasti bahawa SMS yang dihantar menggunakan nama MyJPJ.

“JPJ percaya ia mengandungi pautan pishing untuk tujuan memperdaya orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata,  orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan JPJ tidak sah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian.

Katanya, orang ramai perlu merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut.

“Pihak jabatan sentiasa berusaha serta komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam terutamanya para pelanggan JPJ terpelihara. 

 

“Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ – https://jpj.spab.gov.my/,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya