JPJ kesan 11 buah bas tidak layak atas jalan raya

JPJ kesan 11 buah bas tidak layak atas jalan raya

ANTHONY Loke Siew Fook, bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahriz pada majlis Berbuka Puasa Santuni Madani Kementerian Pengangkutan di Masjid Al-Munawwarah Taman Panchor Jaya, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Sebanyak 11 buah bas dikesan tidak layak dipandu atas jalan raya menerusi pelaksanaan Pra-Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 17 Mac lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, justeru notis larangan penggunaan bas tidak ‘roadworthy’ itu telah dikeluarkan serta merta.

Pemeriksaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam (bas) itu dilakukan sebelum bermulanya Operasi Khas HRA 2025 yang bermula esok sehingga 8 April ini melibatkan aspek teknikal di terminal-terminal dan depoh-depoh bas di seluruh negara.

“Hasil daripada Pra-Operasi HRA 2025 tersebut, JPJ Malaysia telah memeriksa lebih 500 buah bas di depoh-depoh yang terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard dan piawaian disamping aktiviti penyelenggaraan telah dilaksanakan dengan baik.

“Kita sentiasa meneruskan usaha memantau kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan perkhidmatan awam serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna di tahap optimum menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Santuni Madani Kementerian Pengangkutan di Masjid Al-Munawwarah Taman Panchor Jaya, di sini, hari ini.

Anthony Loke dalam pada itu menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Menurutnya, pelbagai usaha dilaksanakan oleh JPJ apabila tibanya musim perayaan terutamanya membabitkan bas ekspres termasuk meletakkan anggota penguatkuasanya di kawasan hotspot berlakunya kemalangan.

“Macam bas, paling ramai dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Itu yang paling ramai sebab mod pengangkutan yang lain agak kurang.

“Ke utara ada opsyen lain selain bas, ada kereta api, ETS dan sebagainya begitu juga ke zelatan.
Sudah tentunya kita bagi tumpuan kepada keselamatan bas-bas ini,” katanya.

Menurutnya, operasi sebelum musim perayaan bermula itu adalah sebagai peringatan kepada syarikat-syarikat bas bagi memastikan kenderaan mereka selamat di atas jalan raya.

“Kena periksa aspek teknikal, bukan sahaja enjin, tayar, badan bas dan semua itu memang merupakan keutamaan kita untuk pastikan keselamatan jalan raya,” katanya.

Ujar beliau lagi, sempena Operasi HRA 2025 berkenaan sebanyak 2,500 anggota JPJ akan bertugas dan cuti mereka dibekukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya