JKNK kompaun premis jual gula-gula kenyal

JKNK kompaun premis jual gula-gula kenyal

ZAINI Hussin (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Program Walkabout di Bazar Ramadan Dataran Kenanga Machang, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan kompuan ke atas sebuah premis di Pasir Mas yang menjual gula-gula kenyal.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kompuan itu dikeluarkan selepas hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati ia melanggar peraturan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

“Setakat ini JKNK sudah melakukan pemeriksaan ke atas 70 premis di seluruh negeri yang menjual gula-gula kenyal itu. Daripada jumlah itu sebanyak 13 premis berada di Tumpat, Bachok (11), Pasir Puteh (10) Kota Bharu (8), Gua Musang (6), Kuala Krai (4), Tanah Merah (3) serta lima premis di Pasir Mas, Machang dan Jeli.

“Pemeriksaan itu susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang akibat tercekik gula-gula kenyal berbentuk ‘eye ball’ pada 19 Februari lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Walkabout di Bazar Ramadan Dataran Kenanga Machang di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, pihaknya sudah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk menjalankan pemantauan segera di semua daerah.

Katanya, pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan gula-gula yang menyalahi akta makanan itu tidak dijual oleh peniaga.

“Ibu bapa juga diminta sama-sama memberi perhatian terhadap anak-anak bagi mengelak kejadian sama berlaku,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya