JKN Perak pantau keselamatan makanan di bazar Ramadan - Utusan Malaysia

JKN Perak pantau keselamatan makanan di bazar Ramadan

A. SIVANESAN (dua dari kiri) melancarkan Ops Ramadan Peringkat Negeri Perak 2025 di Bazar Ramadan SIBC, di Seri Iskandar hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak memantau setiap bazar Ramadan bagi memastikan makanan yang dijual mematuhi piawaian atau standard keselamatan makanan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional, dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri, A. Sivanesan berkata, pemantauan yang dijalankan selaras dengan Akta Makanan 1983.

“Kita mempunyai sasaran untuk memeriksa sebanyak 4,112 premis, termasuk hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis penyediaan ais dan pembekal bahan mentah.

“Sebanyak 3,387 premis telah diperiksa dan hasilnya sebanyak 3,112 premis memenuhi piawaian maksimum sepanjang Ramadan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Pelancaran Ops Ramadan Peringkat Negeri Perak 2025 di Bazar Ramadan SIBC, Seri Iskandar, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya mensasarkan sebanyak 86 sampel makanan akan diambil bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan pada tahun ini.

“Tahun lalu, sebanyak 156 sampel makanan telah diambil dan dianalisis melalui ujian mikrobiologi, kimia, fizikal, serta kesalahan pelabelan makanan.

“Daripada jumlah tersebut, 39 sampel didapati melanggar piawaian yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya