Jika ditakdirkan berdamai, Alhamdulillah - Watie Sadali - Utusan Malaysia

Jika ditakdirkan berdamai, Alhamdulillah – Watie Sadali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Watie Sadali, 48, menyerahkan kepada ketentuan Allah mengenai hubungannya dengan bekas sahabat, Hana.

Kata Watie, dia tidak dapat meramal masa depan justeru enggan mengulas lebih mengenai ruang perdamaian dengan Hana yang juga bekas anggota kumpulan Elite.

“Saya tak boleh komen mengenai masa depan sebab kita tak tahu apa yang berlaku di kemudian hari.

“Kalau saya cakap tidak berbaik, tiba-tiba, kami berbaik pula.

“Kalau ditakdirkan kami berdamai, Alhamdulillah. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya saya bahagia dengan hidup saya dan begitu juga dia.

“Usia kami makin meningkat, anak-anak pun sudah semakin besar. Saya sekarang ini hanya mahu pandang ke depan sahaja, tidak mahu lagi menoleh ke belakang,” katanya ketika sidang media StarVendors KL Mega Raya Fest 2025.

Hana dan Watie pada tahun 2022 bersetuju menyelesaikan secara baik pertikaian saman penghutang penghakiman membabitkan kedua-dua pihak yang berlarutan lebih 10 tahun yang lalu.

Menerusi persetujuan itu, Watie bersetuju melunaskan secara anauran lebih RM2,000 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang berjumlah RM796,000 termasuk faedah kepada Hana.

Kata Watie, tiada lagi pertikaian mengenai isu berkenaan selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat menerusi persetujuan yang telah ditetapkan.

“Isu itu sudah berlalu, Alhamdulillah selesai. Jadi tidak perlu lagi saya komen tentangnya.

“Kalaupun ia masih berlegar di media sosial, ia hanyalah perkara lama yang diulang-ulang.

“Kami sudah tutup buku lama. Saya tak mahu panjangkan cerita,” kata Watie. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya