Jenazah tiga beranak maut kemalangan selamat dikebumi

Jenazah tiga beranak maut kemalangan selamat dikebumi

JENAZAH tiga beranak dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam, Kota Tinggi petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA TINGGI: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat Kluang, lewat malam tadi selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang tadi.

 

Allahyarham Nasarudin Pardi, 36, isterinya, Siti Khazira Bani, 35, serta anak mereka, Mariam Nasarudin, 2 dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam.

 

Terdahulu, solat jenazah tiga beranak itu disertai lebih 100 jemaah selepas solat Asar di Masjid Al-Muttaqin, Taman Kota Jaya  di sini.

 

Dalam kejadian pada pukul 11.48 malam itu turut mengorbankan dua lagi pemandu dan penumpang Proton X50 Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan Mohd Nur Afiji Asamad, 27.

 

Kemalangan itu melibatkan sebuah treler, Proton X50, Honda Stepwagon dan Toyota Camry. 

 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal kejadian berlaku ketika treler kontena jenis Volvo dipandu lelaki berusia 35 dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

 

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan treler itu dikatakan pecah menyebabkannya kenderaan itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Toyota Camry yang turut dalam arah perjalanan sama.

 

Menurutnya, pemandu treler ditahan untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya