BAGAN DATUK: Kerajaan bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi melibatkan lima kementerian bagi mendepani dan menangani sebarang permasalahan yang dihadapi komuniti nelayan di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa berkenaan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan Jumaat ini. Katanya, jawatankuasa tersebut melibatkan koordinasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Dalam Negeri. “Saya akan mempengerusikan jawatankuasa ini bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan yang telah disebutkan dalam sesi libat urus yang diadakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya