Jangan robohkan, dirikan masjid di sebelah tapak - Hassan Karim

Jangan robohkan, dirikan masjid di sebelah tapak – Hassan Karim

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diberi dua cadangan membabitkan isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, adalah lebih baik agar kerajaan meneliti Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Jelasnya, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

“Ada dua perkara yang wajar dilakukan. Pertama janganlah kuil itu dirobohkan. Sebagai seorang Muslim saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pemimpin yang dihormati di dalam negara dan di dunia agar kita menunjukkan budi serta adab seorang Muslim yang diseru agama untuk menghormati hak rakyat beragama Hindu di Malaysia ini.

“Jalan penyelesaian yang kedua ialah, Anwar sebagai Perdana Menteri mengemukakan cadangan supaya masjid baharu yang hendak dibina itu kita sama-sama dirikan di atas tapak bersebelahan atau berdekatan kuil tersebut.

“Ini bermakna masjid dapat dibina, dan kuil yang ada di situ kekal di atas tapak sedia. Jika jalan penyelesaian seperti ini dapat dicapai, maka banyak kebaikan akan diperolehi.

“Antaranya, tiada hati dan perasaan mana-mana kaum dan agama terluka. Selain itu perpecahan kaum dan agama juga dapat dielakkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini dilaporkan, memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India, dan kuil tersebut boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, DBKL memberi jaminan setiap langkah yang sedang dan bakal diambil selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN