Jadikan peringatan, perlu ada deejay bukan pelawak imbangi keadaan - Utusan Malaysia

Jadikan peringatan, perlu ada deejay bukan pelawak imbangi keadaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Personaliti radio, Halim Othman, berharap insiden yang menimpa tiga penyampai radio Era FM baru-baru dapat dijadikan pengajaran.

Menurut Halim atau Abdul Halim Othman, 60, penerbit dan pihak pengurusan radio seharusnya lebih bijak memilih penyampai radio dan pelawak yang boleh menyeimbangi keadaan.

“Apabila seseorang itu melawak dalam keadaan keterlaluan, dia jadi seronok sehingga hilang kesedaran. Apalagi kalau dia bersama dengan rakan-rakan pelawak.

“Sebab itu penting untuk ada dua orang penyampai radio yang bukan pelawak mengawal keadaan terutama untuk isu sensitif.

“Perkara ini wajar agar pelawak tidak ‘over power’ terutama jika dia orang baru yang kurang berpengalaman.

“Apapun, tindakan menggantung kerja tiga deejay tersebut wajar agar dijadikan sebagai pengajaran kerana isu ini boleh menimbulkan ‘ripple effect’ yang besar,” katanya.

Halim mengulas tindakan stesen radio menggantung kerja tiga orang deejay tersebut Nabil, Azad dan Raden.

Dalam pada itu, Halim yang hampir tiga dekad berkecimpung dalam bidang radio mencadangkan agar pihak penerbit lebih teliti menyaring kandungan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Dalam hal ini sepatutnya penerbit kena bertanggungjawab. Walaupun video itu tidak berlaku semasa segmen ke udara, namun ia terjadi di dalam konti.

“Jika penerbit tidak pasti, mereka boleh tanyakan kepada pihak pengurusan lebih tinggi.

“Buat masa ini, apa yang terbaik, biarlah pihak berkuasa melakukan kerja dan siasatan mereka,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hang mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio, pengendali stesen radio Era FM.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyifatkan cadangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menggantung stesen radio Era FM sebagai tindakan terlalu keras dan tidak adil kepada pekerja lain yang tidak terlibat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya