Jabatan Siasatan Jenayah selesaikan 84 peratus kes

Jabatan Siasatan Jenayah selesaikan 84 peratus kes

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan pelbagai kejayaan operasi dan kes membabitkan beberapa jabatan dalam pasukan tersebut sepanjang 2024.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejayaan itu termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang menyelesaikan kira-kira 84 peratus daripada 126,842 kes dibuka sepanjang tahun lalu.

Katany, ia membabitkan 107,780 kertas siasatan dan manakala peratusan risikan berjaya mencecah 95 peratus.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sejumlah 245 sindiket dadah dan menahan seramai 753 orang dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM388 juta.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berjaya menyelesaikan kes-kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM1.57 bilion,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurutnya, turut membanggakan, apabila Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berjaya menyelesaikan sejumlah 99,498 kes dengan memberkas 7,377 tangkapan.

Jelasnya, jabatan itu berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM984 juta sepanjang tahun lalu.

“Bagi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM telah mengeluarkan sejumlah 4.9 juta saman iaitu peningkatan sebanyak 5.5 peratus dengan nilai kutipan keseluruhan kompaun saman berjumlah lebih RM299 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya