IU enggan warisi kekayaan keluarga - Utusan Malaysia

IU enggan warisi kekayaan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi, IU, memaklumkan dia enggan mewarisi kekayaan yang bakal ditinggalkan ibu bapanya.

Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, dia bersyukur kerana memiliki kewangan yang stabil justeru tidak perlu mewarisi harta keluarga.

”Kewangan saya kukuh, dan saya tidak mahu mengharapkan kekayaan yang ditinggalkan keluarga.

”Saya menolak apabila ayah saya memaklumkan rancangannya untuk membahagikan harta keluarga kepada saya dan adik beradik lain.

”Saya meminta dia mengecualikan saya dalam pembahagian harta keluarga,” katanya yang menjadi tetamu rancangan Youtube, Salon Drip 2 dalam saluran TEO.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang juga pelakon itu berharap dia dapat hidup sehingga umurnya mencecah 80 tahun.

“Saya telah berjanji kepada peminat bahawa saya mahu terus menghiburkan mereka sehingga usia saya mencecah 70 tahun.

”Kemudian, pada tahun-tahun seterusnya, saya mahu berehat,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya