Itu rumah saya, tidak besar tapi selesa - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Itu rumah saya, tidak besar tapi selesa – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah 12 tahun menetap di kondominium, pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa bersyukur diri apabila dirinya kini memiliki sebuah rumah atas tanah atau teres.

Nabila yang mesra disapa Abil berkata, dia tidak pernah berangan-angan untuk memiliki sebuah rumah atas tanah selain mahu mengutamakan keselesaan mereka sekeluarga.

“Masih lagi tidak percaya selepas 12 tahun tinggal di kondominium, akhirnya saya pindah ke rumah atas tanah. Saya tidak pernah terbayang, berangan atau ada niat mahu duduk rumah atas tanah pun.

“Mungkin sudah biasa dan selesa dekat kondo. Saya suka rumah kecil saja, tak suka nak besar-besar. Kondo paling mudah dan asas,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Lelaki Itu turut dilihat teruja dan bahagia ketika berkongsi momen proses pemindahan barang dijalankan.

Tambah Nabila, dia juga tidak menyangka hasratnya untuk memiliki sebuah rumah atas tanah itu termakbul sekelip mata meskipun tidak terlalu berharap.

“Tahun lepas tiba-tiba terasa macam seronok juga jika duduk rumah bawah. Kita tidak mencari sangat or mengharap tapi tiba-tiba ada rezeki.

“Tapi itu rumah sayalah, tidak besar tetapi sudah tukar dari kondo dan lama. Saya suka,” kongsinya.

Kagum dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya turut berkongsi rasa teruja selain memuji usaha kerasnya untuk memiliki rumah tersebut di ruangan komen.

“Raya tahun ini dekat rumah baru. Alhamdulillah, tahniah Abil dengan usaha keras awak. Semoga dipermudahkan semuanya,” komen seorang peminatnya.

“Sukanya rumah penuh dengan karakter. Suka sangat reka bentuknya dan dapur,” komen pengikutnya.

“Mudah-mudahan rezeki bertambah dan selesa di rumah baru,” kata peminatnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya