Isu rantaian punca beras tempatan kurang

Isu rantaian punca beras tempatan kurang

MUJAHID Che Hamid menunjukkan bekalan BPT yang diterima syarikatnya di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) di negara ini dikatakan berpunca daripada isu rantaian perniagaan yang bermula dari pe­ringkat petani sehingga pemborong.

Ia terjadi apabila golongan petani, pengilang atau pengedar dan pemborong terbeban ekoran kerugian terpaksa ditanggung disebabkan oleh pe­ningkatan kos dalam industri padi negara.

Pengarah Urusan Mumtaz Iman Sdn. Bhd., Mujahid Che Hamid yang merupakan syarikat pengilang dan pengedar beras berkata, kilang padi mene­rima harga bekalan pada harga RM1,650 satu tan metrik membabitkan RM1,500 untuk belian padi dan RM150 kos pengangkutan serta pengurusan.

Katanya, padi yang diterima diberi pemutuan tawaran daripada pemutuan sebenar wap basah dan hampa sebanyak 10 hingga 20 peratus.

“Situasi ini mengakibatkan kenaikan kos kepada kilang sekurang-kurangnya RM150 per tan dan menjadikan harga belian padi sebenar di kilang adalah RM1,800 satu tan metrik.

“Untuk kos penghasilan beras di kilang, hasil perolehan kisaran purata untuk padi dalam negeri Pahang adalah sekitar 58 peratus yang mana 1,000 kilogram (kg) padi yang dibeli menghasilkan 580 kg beras bergred sahaja.

“Ini bermakna kos pengeluaran beras bergred merujuk formula berikut. Kos belian padi RM1,800 bahagi 58 peratus perolehan beras bersamaan RM3103.45 (kos beras) ditambah kos operasi RM200 (minimum), bersamaan RM3203.45 (kos beras di kilang) dan beras di peringkat kilang dijual kepada kilang pengampitan beras pada harga RM2,775 per tan metrik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Mujahid, ia me­nunjukkan kilang padi sedang mengalami kerugian sehingga RM428.45 bagi setiap tan metrik beras dihasilkan.

Ujarnya, bagi menampung kerugian tersebut, kilang menjual hasil-hasil sampingan se­perti beras hancur, dedak dan temukut.

Jelasnya, untuk kos kilang pemborong (pengampitan) pula, belian beras bergred daripada kilang padi RM2,775 ditambah kos pengangkutan RM50 menjadikan sebanyak RM2,825.

Katanya, harga belian padi perlu diberikan seperti dinyatakan kerana kos mengusahakan sawah ketika ini adalah antara RM1,500 hingga RM1,600 per ekar, yang mana hasil tuaian hanya sekitar satu tan metrik sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya