Isu peningkatan kos perubatan akan dimuktamad dalam masa terdekat

Isu peningkatan kos perubatan akan dimuktamad dalam masa terdekat

DZULKEFLY Ahmad beramah mesra bersama peniaga di bazar pada program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2025 di Tapak Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu peningkatan kos perubatan terutama membabitkan bayaran premium insurans akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menangani isu berkenaan secara agresif bersama kementerian berkaitan bersama Bank Negara dan Kementerian Kewangan (MOF).

“Beberapa pendekatan lain juga telah diambil dan saya tetapkan dalam waktu terdekat kita dapat tangani isu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, industri insurans dan takaful menerima banyak maklum balas orang awam selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan antara 40-70 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan BNM dan Kementerian Kesihatan untuk membuat keputusan mengenai mekanisme kawalan bagi memastikan kenaikan premium adalah wajar dan tidak membebankan rakyat.

Januari lalu, syarikat insurans dijangka mengehadkan kenaikan premium insurans perubatan dalam usaha mengawal inflasi kos rawatan dan tuntutan masa depan, seiring rundingan antara pihak berkuasa dan hospital yang masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya