Isu kenaikan tiket bas dipantau 

Isu kenaikan tambang bas dipantau 

ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) bersama penerima topi keledar percuma di Dewan Majlis Daerah Jerantut di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kerajaan memberi jaminan kenaikan harga tiket bas ke Pantai Timur atau mana-mana lokasi dipantau dengan ketat dan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen syarikat bas ekspres yang melanggar peraturan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tambang bas ekonomi tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana ia berada di bawah kawalan kerajaan.

Katanya, bas ekonomi mempunyai kadar tambang dikawal dan sebarang kenaikan perlu mengikut garis panduan ditetapkan yang mana syarikat wajib akur.

“Bagi kategori bas eksekutif pula, tambangnya tidak dikawal kerana ia menawarkan perkhidmatan tambahan. Bagaimanapun, kementerian menyiasat sekiranya terdapat kenaikan harga yang terlalu tinggi dan tidak munasabah,” katanya  menjawab aduan kenaikan tambang musim perayaan ke Pantai Timur selepas Program Pertukaran Topi Keledar Bersama Menteri Pengangkutan di Dewan Majlis Daerah Jerantut, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Siew Foke mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) segera menyiasat aduan yang diterima berhubung kenaikan tambang di laluan Pantai Timur.

“Kita sudah menerima beberapa aduan dan saya telah mengarahkan SPAD untuk menyiasat syarikat-syarikat terlibat. Jika didapati melanggar peraturan, tindakan tegas diambil,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan hanya membenarkan kenaikan tambang maksimum 10 peratus dalam keadaan tertentu, tetapi kenaikan yang melebihi kadar tersebut akan disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya