Isu ham: ‘Polis sudah siasat, kertas siasatan kini pada AGC

Isu ham: Polis sudah siasat, kertas siasatan kini pada AGC

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menunggu arahan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut berkaitan siasatan yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan isu ham membabitkan Harith Iskander dan Cecelia Yap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan membabitkan dua individu terbabit pada AGC, bulan lalu.

“Pihak polis sudah jalankan siasatan dan ia (kertas siasatan) diserah pada AGC.

“Polis masih belum menerima arahan daripada AGC berhubung siasatan terhadap mereka” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas dakwaan beberapa pihak meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan dua individu terbabit.

Dakwanya, undang-undang terpakai kepada semua pihak, bukannya mengikut sokongan orang berpengaruh.

Jelasnya, beliau menyokong tindakan dikenakan terhadap tiga penyampai radio yang memperlekehkan agama Hindu, sama seperti tindakan ke atas penjual jagung dalam insiden melibatkan sensitiviti kaum sebelum ini.

Tegasnya, masyarakat tidak boleh menerima norma ‘buat dahulu baru minta maaf dan selesai’, sebaliknya satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka yang menyentuh isu sensitif dengan sesiapa pun tidak boleh terkecuali tidak kira agama, bangsa dan negara.

“Saya juga nak tanya pada pihak berkuasa, jika 3 DJ (penyampai radio Era FM) ini telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecillia Yap dan Harith Iskandar yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad (SAW) dan agama Islam?” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

21 Januari lalu, Harith, 54, didakwa memuat naik hantaran dengan memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Hantaran berkenaan didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam apabila seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Cecelia Yap meninggalkan komen pada hantaran itu yang dipercayai mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya