Isteri pelakon itu psiko juga - Utusan Malaysia

Isteri pelakon itu psiko juga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASA mula-mula kes mengenai perceraiannya dengan pelakon lelaki yang seorang ini, Cik Bunga sudah awal-awal berasa pelik dengan tingkah lakunya. Tetapi Cik Bunga sorokkan dahulu tanggapan sendiri itu kerana kes perceraiannya masih berjalan dan tak mahulah buat tuduhan melulu. 

Tetapi bila semakin lama follow rapat kes perceraian dia ini, Cik Bunga rasa naluri Cik Bunga macam betul pula mengenai isteri pelakon itu yang sememangnya agak psiko dan ‘gila’.

Baru-baru ini bila berbual dengan rakan industri seni, ada yang beritahu pada Cik Bunga yang wanita itu sanggup hubungi bekas isteri pelakon itu meskipun telah dilarang supaya tidak berbuat demikian.

Larangan itu dibuat kerana pelakon lelaki itu sudah maklumkan akan wujud bahana berbanding bahagia jika dia berbuat demikian.

Salah satu sebab, bekas isteri pelakon itu pun sama psikonya. Kalau Cik Bunga jadi pelakon itu pun kita akan pening. Dua-dua wanita yang dikenali dalam hidup, dua-dua psiko dan ada ‘gila’ masing-masing. Tidak perlulah Cik Bunga ceritakan apa lagi kejadian gila yang dia lakukan.

Tetapi pendek ceritanya, memang boleh tak tenteram hidup bila ada orang macam itu. Kita doa yang terbaik sahaja buat pasangan itu. Sebab hanya Allah sahaja yang tahu mana pihak yang betul dan mana pihak yang salah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya