Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan kali kelima

Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan kali kelima

ISMAIL Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira pukul 9.57 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penggubalan wang haram dan rasuah buat kali kelima.

Ismail Sabri yang hadir dengan menaiki kenderaan berwarna hitam juga sempat melambaikan tangan kepada petugas media berkumpul di pekarangan Ibu Pejabat SPRM sebelum masuk memberi keterangan.

Semalam, sesi merakam keterangan Ismail Sabri ditangguhkan namun sumber SPRM tidak menyatakan sebab kepada penangguhan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beberapa fail baharu dibuka berhubung siasatan terhadap Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan terbaharu pihaknya.

Ismail Sabri dikaitkan dengan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah ‘safe house’ hasil serbuan SPRM.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN