Ismail Sabri hadir ke SPRM untuk kali ketujuh hari ini

Ismail Sabri hadir ke SPRM untuk kali ketujuh hari ini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir kali ketujuh ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan mengenai kes penggubahan wang haram.

Beliau tiba kira-kira pukul 9.54 pagi tadi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam serta diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Parlimen Bera itu seperti biasa bekas menurunkan tingkat kenderaannya sebaik di sapa wartawan malah, sempat melambai kepada kumpulan media yang masih setia menanti kehadirannya.

Ini merupakan hari ke enam beliau dipanggil selepas pertama kali pada 19 Februari lalu berkaitan pengisytiharan aset.

Kemudian, dipanggil lagi pada 13, 14 19 dan 20 Mac untuk keterangan siasatan.

SPRM pada sidang media pada 3 Mac lalu, mendedahkan penemuan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta jongkong emas tulen seberat 16 kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Siasatan dilakukan berhubung perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia yang dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya