Ismail Sabri dipanggil semula Isnin ini - Azam Baki

Ismail Sabri dipanggil semula Isnin ini – Azam Baki

Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula Isnin ini untuk direkod keterangan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menangguhkan sesi rakaman keterangan sehingga Isnin ini memandangkan Ismail Sabri dijadual mengikuti program di Bera, Pahang.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Bera itu telah memberi kerjasama kepada pegawai penyiasat hari ini dan semalam.

“Saya tidak dapat mendedahkan kandungan keterangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, kenderaan membawa Ismail Sabri dilihat keluar kira-kira pukul 5.42 petang tadi sambil diiringi kenderaan pengiring polis.

Bekas Perdana Menteri itu hadir kira-kira pukul 8.46 pagi tadi bagi mengikuti proses rakaman keterangan yang memasuki hari kedua.

Ismail Sabri hadir bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Beliau sebelum ini telah mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan.

Pengisytiharan itu dibuat pada 10 Februari lalu selepas diarahkan oleh suruhanjaya berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya